Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi. Anwar Ibrahim (FB)

PM Anwar ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.

Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia

Anwar menerusi hantaran Facebook beliau hari ini berkata Siti Zaharah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO itu merupakan sahabat rapat beliau semasa bersama dalam parti berkenaan dan menyifatkan Allahyarham sebagai pemimpin yang cekap, komited dan gigih dalam perjuangan.

“Saya turut berduka dan mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan selain diampunkan segala dosa Almarhumah serta diberi tempat terbaik di sisi-Nya,” menurut hantaran itu.

Siti Zaharah, 75, disahkan meninggal dunia oleh anak sulungnya Timoer Dzakry Samarudin di Hospital Serdang pada 11.23 malam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam, Selangor pada 11.30 pagi tadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan