Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk Sebuyau termasuk penduduk di rumah panjang, Kampung Sungai Nyamuk di sini diminta memahami punca gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku. Foto hiasan Envato

Peningkatan jumlah pengguna dan permohonan baharu punca gangguan bekalan elektrik

SEBUYAU, 27 Julai: Penduduk Sebuyau termasuk penduduk di rumah panjang, Kampung Sungai Nyamuk di sini diminta memahami punca gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata gangguan bekalan elektrik tersebut berlaku disebabkan oleh peningkatan jumlah pengguna dan permohonan baharu.

“Apabila juruteknik hendak menyambung bekalan elektrik (ke rumah yang baharu memohon pemasangan), mereka terpaksa tutup bekalan elektrik.

“Tidak ada juruteknik yang menyambungkan begitu sahaja kerana ada wayar hidup, jadi ini juga perlu difahami masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada program Randau Solidariti Komuniti (RSK) Bahagian Samarahan di rumah panjang di Kampung Sungai Nyamuk, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu turut menjelaskan terdapat beberapa sebab lain mengapa gangguan elektrik sering berlaku di kawasan Sebuyau.

Antaranya kecurian kabel, transformer selain kabel elektrik yang panjang bermula dari Asajaya melalui Kampung Ragawan menyeberang Ensegei melalui Batang Sadong.

Dalam masa sama, beliau meminta agar masyarakat di Sebuyau bersabar menantikan stesen kecil baharu yang akan dibina dengan kos RM150 juta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan