Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih RM10 juta peruntukan dibelanjakan kerajaan sejak 2009 sebagai inisiatif membangunkan kawasan pelancongan Lumpur Bebuak Kampung Meritam. Foto fail (TVS)

Lumpur Bebuak, keunikan alam yang kian popular di Limbang

LIMBANG, 27 Julai: Lebih RM10 juta peruntukan dibelanjakan kerajaan sejak 2009 sebagai inisiatif membangunkan kawasan pelancongan Lumpur Bebuak Kampung Meritam yang kian popular dan menarik kedatangan pelancong.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata pelbagai usaha dilaksanakan untuk membangunkan Lumpur Bebuak sebagai satu lagi destinasi pelancongan dan wajib dikunjungi di bawah kelolaan Majlis Daerah Limbang (MDL).

Datuk Dr Abdul Rahman menyapu lumpur di lengannya pada Pesta Lumpur Bebuak 2024. Foto TVS

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata Lumpur Bebuak Kampung Meritam mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai destinasi wajib dikunjungi dengan menaik taraf kawasan itu dengan kemudahan dan prasana mencukupi.

“Kawasan Lumpur Bebuak ini sudah terkenal seantero dunia dan kerajaan sudah berbelanja lebih RM10 juta sejak 2009 untuk membangun destinasi pelancongan Lumpur Bebuak Kampung Meritam,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Lumpur Bebuak 2024 di Kawasan Lumpur Bebuak Kampung Meritam, Limbang hari ini.

Turut hadir, Wali Kota MDL Kaunselor Sufian Mohat.

Dr Abdul Rahman menjelaskan lagi kemudahan asas sudah dilaksanakan secara berperingkat seperti kemudahan bilik mandi, persalinan, surau dan tandas kerana pengunjung yang datang pasti melakukan acara wajib iaitu mandi lumpur yang dipercayai mempunyai kelebihan dari segi merawat penyakit kulit.

Kawasan pelancongan Lumpur Bebuak Kampung Meritam, meletuskan kira-kira 40 lumpur bebuak dalam satu masa dan fenomena tanahnya sentiasa lembap tidak mengira musim, sama ada tengkujuh atau kemarau.

Tanah tersebut boleh membentuk busut secara perlahan-lahan sebelum meletus dan mengeluarkan bunyi seakan-akan cecair likat yang sedang membuak-buak.

Sifatnya yang sering meletus dan menghasilkan bunyi pelik menyebabkan penduduk tempatan menggelar lumpur ajaib itu sebagai Lumpur Bebuak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan