Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Christopher Gira Sambang memukul gong sebagai simbolik perasmian Karnival Selangau 2024 di Selangau, malam tadi. Foto TVS

Kerajaan Sarawak laksana inisiatif dan program majukan sektor pelancongan

SELANGAU, 27 Julai: Kerajaan Sarawak melaksanakan pelbagai inisiatif dan program untuk membangunkan sektor pelancongan sekali gus menarik lebih ramai pelawat ke wilayah ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata antaranya penambahbaikan lapangan terbang, jalan raya dan kemudahan penginapan untuk memastikan pelancong mendapat pengalaman yang terbaik.

Kementeriannya juga aktif mempromosikan destinasi pelancongan Sarawak di peringkat antarabangsa melalui pameran dan kempen pemasaran yang menyeluruh.

“Selain itu, kerajaan Sarawak juga menekankan pentingnya pemeliharaan alam sekitar dan warisan budaya dalam setiap usaha pembangunan pelancongan,

“Kita percaya bahawa keunikan dan keaslian Sarawak adalah aset yang harus dilindungi dan diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya pada majlis perasmian Karnival Selangau 2024 di sini, malam tadi. Teks ucapan beliau dibacakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang.

Abdul Karim berkata, inisiatif seperti program ekopelancongan dan pelancongan berasaskan komuniti adalah sebahagian daripada usaha kementeriannya untuk memastikan pembangunan yang mampan dan inklusif.

Mengenai Karnival Selangau, beliau berkata karnival itu merupakan satu platform yang penting untuk mempamerkan kepelbagaian budaya dan kekayaan warisan.

la juga berperanan sebagai medium mempromosikan industri pelancongan dan seni persembahan.

Dengan tema dan program yang menarik, beliau percaya karnival ini akan menarik minat pelbagai lapisan masyarakat serta pelancong dari dalam dan luar negeri. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan