Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kolej Universiti i-CATS akan menawarkan pengajian aeroangkasa bermula September ini. Foto hiasan Envato

i-CATS tawar pengajian aeroangkasa September ini

KUCHING, 27 Julai: Kolej Universiti i-CATS di sini akan menawarkan pengajian aeroangkasa pada September tahun ini sejajar dengan hasrat kerajaan Sarawak meneroka industri berteknologi tinggi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kelulusan telah diperolehi daripada Kementerian Pengajian Tinggi bagi kolej berkenaan menawarkan pengajian itu.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan Sarawak di Dewan Tan Sri Aziz, Kolej Universiti i-CATS. Foto: Mohamad Gusti (TVS)

“Berkemungkinan ianya akan diadakan di i-CATS atau di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Kampus Lundu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ekspo Pendidikan Sarawak di Kolej Universiti i-CATS di sini hari ini.

Abang Johari berkata beliau mahu anak Sarawak menguasai bidang aeroangkasa yang berpotensi untuk membawa kepada pembangunan disiplin baharu selaras dengan rancangan Sarawak dalam meneroka bahan api penerbangan mampan (SAF).

“Anak Sarawak kini boleh belajar mengenai industri angkasa lepas. Sarawak telah meluluskan Rang Undang-Undang Tanah Sarawak (Pindaan) 2022 yang memberi hak kawalan penggunaan spektrum.

“Bukan itu sahaja, Sarawak telah mempelopori bahan api penerbangan mampan (SAF) digunakan untuk kapal terbang hasil kerjasama SEDC Energy Sdn Bhd melalui lumut,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan