Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi bersama para penerima insentif pendidikan pada Majlis Perasmian Expo Pendidikan Sarawak 2024 di Sebuyau, hari ini. Foto TVS

Ekspo Pendidikan Sarawak dedah peluang lanjut pelajaran

SEBUYAU, 27 Julai: Ekspo Pendidikan Sarawak yang berlangsung serentak di 43 daerah memberikan pendedahan dan peluang kepada pelajar untuk meneruskan pelajaran di peringkat kemahiran (TVET) mahupun ke peringkat universiti.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata peluang itu seharusnya dimanfaatkan bagi meningkatkan kualiti sumber manusia.

Golongan ibu bapa juga harus memainkan peranan dalam memastikan generasi muda Sarawak mendapat pelajaran dan kemahiran hingga ke peringkat tertinggi, katanya.

“Apabila kita mengatakan pendidikan, ia tidak terhad kepada pelajar, bukan hanya terhad kepada guru-guru, Pejabat Daerah, Yayasan Sarawak tetapi sebaik-baiknya ibu bapa sepatutnya hadir sama dengan kita pada hari ini.

“Ibu bapalah yang mengawasi pendidikan anak-anak, hendak cari biasiswa, di mana hendak belajar, susah senang keadaan untuk belajar perlu diketahui ibu dan bapa,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Sebuyau, Ayuradiman Bujang, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan, Abu Tali Ghazali dan Pengetua SMK Sebuyau, Awang Abas Awang Lawi.

Expo tersebut memasuki tahun kedua penganjurannya sebagai salah satu usaha Kerajaan Sarawak dalam melahirkan modal insan berkualiti tinggi sesuai dengan pasaran kerja di dalam pelbagai sektor yang diperlukan industri berteknologi tinggi.

Yayasan Sarawak selaku penganjur utama mensasarkan lebih 14,000 pengunjung terdiri dari lepas SPM dan STPM, ibu bapa dan orang ramai yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi menghadiri expo berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan