Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki ditahan berhubung penemuan mayat wanita warga emas berusia 80-an di sebuah rumah di Kampung Dato, Bintulu, malam tadi.

Cucu angkat ditahan berhubung kematian wanita warga emas

BINTULU, 27 Julai: Seorang lelaki ditahan berhubung penemuan mayat wanita warga emas berusia 80-an yang ditemui di sebuah rumah di Kampung Dato di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, suspek berusia 29 tahun ditangkap sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bintulu dalam serbuan di sebuah bilik hotel pada jam 12.30 tengah hari tadi.

“Suspek seorang penganggur merupakan cucu angkat kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hasil soal siasat yang dijalankan, suspek telah membawa pasukan polis ke sebuah kedai emas di pusat bandar Bintulu.

“Pemeriksaan kedai emas tersebut didapati suspek menjual seutas rantai yang telah putus.

“Suspek telah ditangkap dan barang kes telah dirampas untuk siasatan lanjut bersabit kes kematian seorang nenek yang dilaporkan semalam,” ujarnya.

Katanya, pihak polis menerima laporan berhubung kes itu daripada orang awam pada jam 11 malam.

“Mayat mangsa ditemui di dalam rumah itu dan dipercayai meninggal dunia lebih kurang 24 jam.

“Mayat dibawa ke Unit forensik Hospital Bintulu untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan