Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Brunei mengumumkan kawasan dalam radius tiga batu nautika (5.56 kilometer) daripada lokasi tertentu di negara ini diisytiharkan sebagai ruang udara terhad sementara, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan pada Sabtu. Foto hiasan Envato

Brunei isytihar ruang udara terhad sementara

ByBernama

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Brunei mengumumkan kawasan dalam radius tiga batu nautika (5.56 kilometer) daripada lokasi tertentu di negara ini diisytiharkan sebagai ruang udara terhad sementara, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan pada Sabtu.

Kawasan berkenaan termasuk Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, sebuah taman terkenal di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei pada 29 Julai dan 4 Ogos, serta Padang Bandaran, Jalan Sultan di Kuala Belait yang terletak di barat Brunei, pada 30 Julai, kata DCA yang dipetik oleh akhbar tempatan Borneo Bulletin.

Pesawat tanpa kebenaran termasuk kenderaan udara tanpa pemandu, tidak dibenarkan beroperasi di ruang udara terhad dan kegagalan mematuhi peraturan ini dianggap sebagai pelanggaran undang-undang dan peraturan Brunei, menurut DCA. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan