Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yusuf Abd Wahab menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang SPM pada Majlis Perasmian Expo Pendidikan Peringkat Daerah Tanjung Manis hari ini. Foto TVS

Anak Sarawak rebut peluang jangan sekadar jadi penonton

TANJUNG MANIS, 27 Julai: Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 menjadi landasan penting untuk Sarawak menjadi negeri maju sekali gus membolehkan rakyat menikmati kemakmuran dan kesejahteraan.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab berkata, perancangan jangka panjang kerajaan itu bertujuan memastikan setiap warga Sarawak menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan persekitaran mampan.

Katanya, kesungguhan usaha kerajaan itu bakal memberi impak positif kepada segenap lapisan masyarakat.

“Berpaksikan pada strategi itu, sudah tentulah memerlukan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan.

“Dalam erti kata lain, pembangunan sumber manusia amat penting sebagai aset penting untuk menjadi jentera penggerak utama dalam membangunkan negeri ini,” katanya pada Majlis Perasmian Expo Pendidikan Peringkat Daerah Tanjung Manis hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan pembangunan dirangka bagi memberi manfaat kepada banyak pihak selain memenuhi aspek sosioekonomi untuk kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang.

Sehubungan itu katanya, peluang yang disediakan perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh setiap anak Sarawak.

“Dalam erti kata lain, generasi muda hari ini harus melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan selari dengan kehendak semasa, agar dapat digunapakai untuk membangunkan negeri ini.

“Mereka adalah aset penting yang akan membentuk hala tuju negeri dan negara. Oleh itu, amatlah penting mereka berusaha sebaik mungkin dengan mengambil peluang yang disediakan dan seterusnya menyumbang bakti untuk bersama membangun negeri kita cintai ini,” katanya.

Inisiatif Yayasan Sarawak menganjurkan program promosi Pendidikan di semua daerah di Sarawak merupakan satu usaha memastikan semua pelajar khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendapat maklumat terkini peluang pendidikan yang ada di negeri ini.

Tidak sekadar itu, kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah menubuhkan institusi pengajian tinggi dan institusi kemahirannya bagi membolehkan anak Sarawak melanjutkan pengajian sama ada dalam bidang akademik mahupun kemahiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan