Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto Awang Azmil (TVS)

Tutup, gabung 23 anak syarikat KKDW bawa perubahan drastik – Zahid

ByBernama

KOTA TINGGI, 25 Julai: Tindakan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menutup dan menggabungkan 23 anak syarikat agensinya yang gagal menjana keuntungan membawa perubahan drastik kepada prestasi entiti berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri KKDW berkata laporan prestasi awal menyatakan 100 anak syarikat agensi di bawah kementerian itu telah menunjukkan keuntungan secara keseluruhannya.

“Kita telah dapat melepasi tahap syarikat yang menjadi ‘cost centre’ kepada ‘profit centre’. ini adalah merupakan kejayaan awal yang dapat dicapai oleh KKDW,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan di Pemukiman Program Utama KKDW di Pusat Konvensyen Desaru, Bandar Penawar di sini hari ini.

Katanya, langkah penggabungan anak syarikat yang gagal menjana keuntungan dengan syarikat yang untung juga telah dapat mengelakkan daripada pembuangan kakitangan.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata antara anak syarikat yang mencatat keuntungan sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini adalah Perda Venture dengan rekod keuntungan RM2.7 juta dan KEDA Group of Companies berjumlah RM243,706.

Selain itu, beliau juga mahu syarikat yang beroperasi di kawasan yang makmur serta mempunyai akses lebih baik kepada tenaga kerja mahir, teknologi maju dan sumber kewangan untuk membantu syarikat lain berkembang dan mencipta keuntungan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menekankan warga KKDW untuk menerapkan nilai ekonomi sosial dengan menyepadukan kedua-dua faedah kewangan dan bukan kewangan untuk pembangunan dan kesejahteraan keseluruhan masyarakat desa.

Beliau berkata bagi memastikan teras nilai sosioekonomi tersebut, peluang pekerjaan perlu diwujudkan selain memberikan akses pendidikan berkualiti bagi memperkasakan warga desa mencipta inovasi dan memacu pertumbuhan ekonomi.

“Yang terakhir, dengan akses kepada infrastruktur dan bantuan kewangan yang baik, ia bukan sahaja dapat menjamin kualiti hidup yang lebih sempurna tetapi mengangkat martabat mereka untuk menyumbang kepada negara.

“Kesimpulannya, konsep yang saya bawakan ini adalah pendekatan holistik dalam mengimbangi pertumbuhan ekonomi dan kesaksamaan sosial,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan