Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Laluan perarakan melibatkan Jalan Padungan, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Main Bazaar, dan Waterfront Kuching. Foto: IPD Kuching

Festival Tarian Singa 2024: Penutupan, lencongan jalan sekitar Kuching esok

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING:  Beberapa jalan utama di Bandaraya ini bakal ditutup secara berperingkat bermula jam 6 petang esok, 26 Julai bagi memberi laluan kepada Perarakan Festival Tarian Singa 2024. 

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah mendedahkan perarakan akan bermula dari Pintu Gerbang, Jalan Padungan, pada jam 7 petang dan akan berakhir di Waterfront, Kuching pada jam 10 malam. 

“Laluan perarakan melibatkan Jalan Padungan, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Main Bazaar, dan Waterfront Kuching. 

“Polis akan melakukan penutupan dan lencongan jalan di sekitar laluan perarakan dan pentas utama bagi memastikan perjalan perarakan kni berjalan dengan lancar,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Justeru itu, Ahsmon menasihati orang ramai agar mematuhi tanda isyarat kawalan lalu lintas yang diarahkan oleh anggota yang bertugas dan dilarang meletak kenderaan di bahu jalan bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Ahsmon mencadangkan orang ramai meletak kenderaan di kawasan yang ditetapkan iaitu Medan Letak Kereta Plaza Aurora, Bangunan Saujana, Medan Letak Kereta Top Spot, Medan Letak Kereta Sarawak Plaza, Bangunan Medan Pelita, atau Medan Letak Kereta Plaza Merdeka.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan