Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Australia mengesahkan kedua-dua juruterbang maut dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter di barat Australia pagi Khamis. Foto hiasan Envato

Dua juruterbang maut selepas helikopter bertembung di barat Australia

ByBernama

SYDNEY, 25 Julai: Polis Australia mengesahkan kedua-dua juruterbang maut dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter di barat Australia pagi Khamis, lapor Xinhua.

Insiden berlaku berhampiran Mount Anderson Station di Camballin, sebuah bandar kecil di wilayah Kimberley.

Perkhidmatan kecemasan dimaklumkan mengenai kemalangan itu kira-kira 6.20 pagi waktu tempatan Khamis (2220 GMT pada Rabu).

“Petunjuk awal menunjukkan bahawa dua helikopter malang itu bertembung sejurus selepas berlepas.

“Kedua-dua helikopter hanya mempunyai seorang individu di dalamnya.

“Malangnya, kedua-dua juruterbang iaitu seorang lelaki berusia 29 tahun dan seorang lelaki berusia 30 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” menurut Pasukan Polis Australia.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia akan menjalankan siasatan mengenai insiden itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan