Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program realiti baharu Agrotech Heroes bertujuan untuk mencari ikon pertanian moden dalam kalangan belia Sarawak.

Agrotech Heroes mencari ikon pertanian moden

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 25 Julai: Dalam usaha menggabungkan realiti televisyen dan inovasi pertanian, program realiti baharu Agrotech Heroes bertujuan mencari Ikon Pertanian Moden dalam kalangan belia Sarawak.

Penerbit Bersama dan hos rancangan tersebut, Zaiwin Kassim berkata misi utama rancangan ini adalah untuk mengenal pasti dan memupuk bakat, minat, serta potensi dalam bidang pertanian, keusahawanan dan teknologi di Bumi Kenyalang.

“Ia bertujuan meningkatkan kesedaran penonton tentang usaha memodenkan sektor pertanian dan inisiatif untuk menarik lebih ramai belia menceburi bidang ini.

“Peserta dan penonton dapat memahami bahawa pertanian bukan sekadar satu pekerjaan, tetapi juga perniagaan yang boleh berkembang menjadi bidang kerjaya dengan potensi tinggi,” katanya kepada TVS.

Beliau menambah bahawa rancangan ini berharap dapat membuka mata golongan belia, baik lepasan sekolah atau graduan universiti, untuk melihat pertanian sebagai bidang yang berpotensi memberikan pulangan yang lebih tinggi jika diceburi dengan serius dan berilmu.

“Sebelum menceburi bidang ini, pastikan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi segala cabaran dan risiko,” tambahnya.

Agrotech Heroes diterbitkan dalam 13 episod. Enam peserta akan berentap dalam pelbagai bentuk cabaran yang melibatkan aktiviti berkaitan pertanian moden. Mereka akan diuji dalam aspek fizikal, mental dan sosial melalui aktiviti berkumpulan dan individu.

Episod pertama Agrotech Heroes akan disiarkan setiap Ahad bermula 28 Julai 2024 pada 6.30 petang di TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan