Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 22 orang terkorban selepas sebuah pesawat domestik terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) di Kathmandu pada Rabu. Foto AFP

Pesawat terhempas di Lapangan Terbang Kathmandu, 22 terkorban

ByBernama

KATHMANDU, 24 Julai:  Seramai 22 orang terkorban selepas sebuah pesawat domestik terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) di Kathmandu pada Rabu.

Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal, Hansa Raj Pandey memberitahu Xinhua bahawa seorang mangsa terselamat dan telah dimasukkan ke hospital.

Lapangan terbang berkenaan ditutup buat sementara waktu akibat insiden itu.

Pesawat Saurya Airlines dilaporkan dalam perjalanan ke bandar Pokhara, dengan 17 daripadanya adalah kru, kata Pandey.

Media antarabangsa melaporkan bahawa pesawat itu terhempas semasa berlepas di TIA, Kathmandu.

Operasi menyelamat masih dijalankan di lokasi kejadian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan