Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah feri ikonik Pulau Pinang yang ditempatkan di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth di sini dilaporkan tenggelam awal pagi ini. Foto Media Sosial

Feri ikonik Pulau Pinang tenggelam akibat tali pengikat putus

ByBernama

BUTTERWORTH, 24 Julai: Sebuah feri ikonik Pulau Pinang yang ditempatkan di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth di sini dilaporkan tenggelam awal pagi ini.

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) ketika ini sedang menjalankan usaha untuk menaikkan semula feri berkenaan manakala pihak bomba pula mengawal minyak daripada tumpah ke dalam laut.

Difahamkan feri berkenaan mula senget sebelum tenggelam sepenuhnya kira-kira 3 pagi tadi dan kejadian dipercayai berpunca daripada tali yang mengikat feri ini putus susulan angin kuat.

Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang ditamatkan pada 2020 setelah beroperasi lebih 126 tahun dan kemudian digantikan dengan perkhidmatan bot laju untuk membawa penumpang individu dan feri bagi motosikal dan basikal.

Bagaimanapun bagi mengekalkan nilai sejarah dan elemen ikonik Pulau Pinang, SPPP bercadang menempatkan dua buah feri ikonik di Tanjung City Marina yang akan diubah suai sebagai restoran serta muzium terapung, dan ia tidak bergerak. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found