Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bapa kepada mangsa bunuh, yang juga bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, iaitu Zulkarnain Idros (kanan) dan isterinya Hawa Osman, turut hadir bagi mendengar keputusan rayuan pendakwaan terhadap hukuman penjara 18 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas enam bekas penuntut UPNM di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini. Foto Bernama

Mahkamah tidak bertoleransi, kes bunuh Zulfarhan jenayah kekejaman jarang ditemui

ByBernama

PUTRAJAYA, 23 Julai: Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lepas adalah kekejaman paling jarang ditemui dan mahkamah tidak akan bertoleransi dalam jenayah sebegini.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mengetuai panel tiga hakim ketika membacakan penghakiman setebal 93 muka surat selama tiga jam berkata ibu bapa mana tidak berasa kecewa, marah, sedih dan menangisi pemergian anak kesayangan mereka apabila mayat si mati (Zulfarhan) dikembalikan ke pangkuan mereka untuk dikebumikan dalam keadaan yang cukup memilukan dan menyayat hati.

“Kes sebegini paling jarang ditemui daripada kes yang pernah berlaku (rarest of the rare) yang melibatkan jenayah kekejaman yang amat berbahaya kepada masyarakat dan perbuatan zalim sebegini harus dihentikan.

“Mahkamah tidak akan bertoleransi di dalam kejadian sebegini. Ibu bapa mana yang sanggup menanggung derita melihat anak kesayangan mereka diseksa sebegini rupa sehingga membawa kepada kematian si mati di dalam keadaan yang sungguh mengerikan,” katanya yang bersidang bersama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Panel tiga hakim itu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Zulfarhan tujuh tahun lepas, selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan bagi menghidupkan semula Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dihadapi oleh kesemua tertuduh sebelum ini.

Keenam-enam bekas penuntut itu yang kini berusia 28 tahun ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan