Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di United Kingdom kini dianggap sebagai "darurat nasional" dengan hampir 3,000 insiden direkodkan setiap hari, menurut laporan yang ditugaskan oleh Majlis Ketua Polis Negara (NPCC) dan Kolej Kepolisan. Foto hiasan ENVATO

Keganasan terhadap wanita di UK dianggap ‘Darurat Nasional’ – Laporan

ByBernama

LONDON, 23 Julai: Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di United Kingdom kini dianggap sebagai “darurat nasional” dengan hampir 3,000 insiden direkodkan setiap hari, menurut laporan yang ditugaskan oleh Majlis Ketua Polis Negara (NPCC) dan Kolej Kepolisan.

Laporan itu mendedahkan lebih satu juta kes jenayah kekerasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan dicatat pada 2022/23, lapor PA Media/dpa.

Angka itu menyumbang hampir 20 peratus daripada semua kes jenayah yang direkodkan (kecuali kes penipuan) di England dan Wales antara April 2022 dan Mac 2023.

Laporan itu menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya satu daripada setiap 12 wanita menjadi mangsa setiap tahun, bersamaan dua juta wanita dengan jumlah sebenar dijangka lebih tinggi kerana banyak jenayah tidak dilaporkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Konstabel Maggie Blyth mencadangkan penubuhan Pusat Perlindungan Awam Kebangsaan bagi menyokong pasukan polis dengan pengetahuan dan latihan khusus.

Beliau berkata laporan mengenai keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan meningkat sebanyak 37 peratus dari 2018/19 hingga 2022/23.

Laporan itu juga menganggarkan satu daripada 20 orang dewasa atau 2.3 juta orang di England dan Wales adalah pelaku keganasan setiap tahun, dengan jumlah sebenar dipercayai lebih tinggi.

Kesalahan penderaan dan eksploitasi seksual kanak-kanak meningkat sebanyak 435 peratus antara 2013 dan 2022, daripada lebih 20,000 kepada hampir 107,000 kes.

Tangkapan bagi kesalahan berkaitan penderaan rumah tangga meningkat lebih 22 peratus setakat Mac 2023 berbanding tempoh sebelumnya, dengan satu daripada setiap enam pembunuhan pada 2022/23 berkaitan dengan kes penderaan rumah tangga.

Ketua hal ehwal luar di Women’s Aid, Sophie Francis-Cansfield berkata penemuan laporan itu adalah membimbangkan dan ramai mangsa tidak melaporkan pengalaman mereka bermakna isu ini jauh lebih membimbangkan berbanding data yang dipamerkan.

Beliau menyokong seruan terhadap pendekatan sistem menyeluruh dalam menangani masalah ini dan memberi keutamaan kepada mereka yang paling terpinggir. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found