Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPM akan melaksanakan intervensi bagi memastikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menduduki peperiksaan berkenaan. Foto, TVS.

Dewan Negara: KPM laksana langkah tangani isu calon tidak duduki SPM

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan beberapa pelaksanaan intervensi bagi memastikan pelajar khususnya Tingkatan 5 hadir ke sekolah dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menterinya Wong Kah Woh berkata, antaranya ialah memantau kehadiran murid ke sekolah melalui Sistem Kehadiran Murid (eKehadiran) dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid.

Ujar beliau, murid yang hadir ke sekolah akan direkodkan manakala murid yang tidak hadir, ibu bapa mereka akan dihubungi oleh pihak sekolah.

“KPM juga menyediakan peluang kepada calon yang gagal dalam peperiksaan termasuk calon yang tidak layak memperoleh sijil untuk menduduki peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) yang dilaksanakan pada setiap tahun.

“Perkhidmatan patching sijil peperiksaan SPM ditawarkan bagi membolehkan beberapa keputusan peperiksaan yang terbaik calon digabungkan dalam satu sijil SPM sahaja.

“Selain itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diupayakan untuk membimbing sekolah memantau kehadiran murid ke sekolah dan menduduki peperiksaan SPM,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu usaha yang sedang dilaksanakan untuk memastikan pelajar-pelajar menduduki SPM di Dewan Negara, hari ini.

Kah Woh menambah KPM akan memastikan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1 Tahun 2019: Panduan Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi.

Menurutnya, dokumen berkenaan menegaskan bahawa rekod kehadiran tersebut dapat digunakan untuk membantu pihak pengurusan sekolah membuat keputusan dan tindakan berkaitan pembangunan, kebajikan, keselamatan termasuk kesejahteraan murid.

Untuk rekod, seramai 10,610 calon tidak hadir menduduki peperiksaan SPM 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan