Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persepsi harga diesel yang dikatakan naik ketika ini tidak benar, sebaliknya ia diapungkan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan bermula 10 Jun 2024, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Foto, Bernama.

Dewan Negara: Kegiatan seludup, salah guna 6.5 juta liter diesel sehari berjaya diatasi

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Kerajaan menganggarkan sekurang-kurangnya 6.5 juta liter minyak diesel telah disalah guna dan diseludup ke negara jiran setiap hari sebelum langkah penyasaran dilaksanakan, kata Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Menteri Kewangan II itu berkata pada awal Jun 2024, purata jualan harian diesel stesen minyak di seluruh Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 28.6 juta liter sehari.

Jelas beliau selepas penyasaran pada awal Julai 2024, kerajaan mendapati purata jualan harian turun kepada 22.2 juta liter.

“Ini merupakan pengurangan sebanyak 6.5 juta liter sehari atau 23 peratus jualan diesel di stesen.

“(Maka) dapat disimpulkan bahawa sebelum penyasaran semula subsidi, sekurang-kurangnya 6.5 juta liter sehari telah disalah guna sama ada oleh industri atau diseludup ke negara jiran,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr. Azhar Ahmad, Senator Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar dan Senator Datuk Abdul Halim Suleiman berhubung isu pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel.

Tambah beliau, penyasaran berkenaan juga mengurangkan ketirisan apabila data yang menunjukkan jualan diesel secara komersil telah meningkat sebanyak 4.8 juta liter sehari bagi tempoh perbandingan yang sama.

“Memandangkan kini harga di stesen minyak adalah pada RM3.35 ringgit seliter, pihak industri yang sebelum ini membeli diesel bersubsidi telah beralih balik kepada membeli diesel secara komersial,” katanya.

Sementara itu Amir Hamzah memaklumkan pada tahun 2023, kerajaan telah membelanjakan lebih RM80 bilion bagi membiayai keseluruhan subsidi, insentif dan bantuan sosial termasuk subsidi pengangkutan awam, pendidikan dan sektor agri-komoditi.

Daripada jumlah itu jelasnya, perbelanjaan subsidi kepenggunaan adalah yang terbesar iaitu sebanyak RM50 bilion yang merangkumi petrol, diesel dan gas memasak, minyak masak, bil elektrik serta ayam dan telur ayam.

“Seperti yang telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2024, mulai tahun ini, Kkrajaan akan melaksanakan penyasaran semula subsidi secara berfasa bagi membendung ketirisan yang kian berleluasa dan menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan