Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyeru anak-anak Sarawak di mana sahaja mereka berada, raikan Hari Sarawak dengan cara tersendiri. Foto TVS

‘Di mana sahaja berada, anak-anak Sarawak raikan Hari Sarawak’ – Dr Sim

BySaibi Gi

KUCHING, 22 Julai: Di mana sahaja berada, anak-anak Sarawak wajar memperingati tarikh istimewa ini – 22 Julai yang merupakan hari wilayah ini bebas dari penjajahan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata tanpa mengira lokasi, warga Sarawak boleh meraikan kemerdekaan Sarawak dengan cara tersendiri yang menunjukkan perasaan cintakan wilayah ini.

“Ia adalah hari untuk kita meraikan dengan cara kita tersendiri. Sentiasa ingat bahawa kita anak-anak Sarawak,” katanya menerusi rakaman ucapan sempena sambutan Hari Sarawak yang diterbitkan Unit Komunikasi Awam Sarawak.

Dalam pada itu, Sambutan Perayaan Hari Sarawak yang bertemakan “Sarawak Maju Makmur” pada tahun ini diadakan di Bintulu pada malam ini yang akan disiarkan TVS secara langsung.

Sambutan di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu akan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan