Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merakam gambar kenangan bersama peserta larian Clean Kuching City Run 2024 di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Seramai 300 orang peserta sertai larian Clean Kuching City Run 2024

KUCHING, 21 Julai: Seramai 300 orang peserta pelbagai peringkat umur menyertai larian Clean Kuching City Run 2024 dengan jarak larian sejauh 4.5 kilometer pagi tadi.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi selaku tetamu kehormat hadir melakukan “flag off” bagi memulakan acara larian tersebut sekitar jam 7 pagi.

Beliau bersama tetamu jemputan yang lain turut sama menyertai acara larian ini bersama para peserta.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) selaku penganjur larian ini memaklumkan bahawa pelaksanaan acara ini adalah bersempena dengan sambutan Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching bagi tahun ini.

Jelasnya, Clean Kuching City Run 2024 merupakan salah satu aktiviti bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching, selain bagi menggalakkan warga kota untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat serta mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan terutamanya di kalangan masyarakat setempat.

Antara pengisian sepanjang Bulan Kebersihan pada bulan Julai adalah seperti Jerayawara Bulan Kebersihan, Plogging Walk, Expo Bulan Kebersihan, Jom ke Taman Botani, Clean Waterway Campaign, Digital Info Hunt dan Pertandingan 3K. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan