Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara hari ini. Foto Bernama

TYT, Premier Sarawak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17

KUCHING, 20 Julai: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi merafak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan yang berlangsung hari ini.

Sembah tahniah serupa dizahirkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang bagi mewakili seluruh rakyat wilayah ini.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku,” menurut mereka  menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Turut sama merafak sembah tahniah ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Malaysia saksi pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini

Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 berlangsung di Balairung Seri Istana Negara dan dihadiri kira-kira 700 tetamu termasuk Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertua-Yang di-Pertua, Jemaah Menteri, komuniti diplomatik asing di negara ini dan pemimpin utama negara.

Antara yang berkenan berangkat ke istiadat berkenaan ialah Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah serta Raja isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa dan Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lepas dan bersemayam di atas takhta selama lima tahun sehingga 30 Januari 2029.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari lalu selepas bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia selama lima tahun bermula 31 Januari 2019. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan