Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi menyampaikan sijil kepada salah seorang fasilitator program Cikgu Siti Nazirah Tarazi. Foto TVS

SMK Sebuyau akan dibina semula di lokasi baharu – Julaihi

SEBUYAU, 20 Julai: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau akan dibina semula di lokasi baharu bagi menggantikan bangunan lama yang kini berdepan dengan masalah infrastruktur.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, terdapat tanda-tanda positif bagi pembangunan sekolah tersebut selepas masalah tersebut berulang kali dimaklumkan kepada pihak berkenaan.

Julaihi turut menjelaskan tiada tempoh waktu perancangan bagi pembinaan semula sekolah tersebut dan sehingga sekolah baharu itu siap dibina, beliau akan menghulurkan bantuan untuk meningkatkan infrastruktur di sekolah terbabit

“Apabila perkara ini telah diangkat kepada pihak berkaitan beberapa kali, saya sudah nampak ada tanda-tanda mereka akan mengambil tindakan positif dan mengambil tindakan segera membina sekolah gantian penuh, SMK Sebuyau di tapak baharu di Bandar Baru Sebuyau

“Namun pada masa yang sama pada waktu kita menunggu sekolah baharu yang bakal dibina siap kelak, kita memerlukan sekolah yang ada sekarang dibaiki dan diletakkan dalam keadaan infrastruktur yang membolehkan ia kondusif bagi pembelajaran

“Saya juga telah meluluskan peruntukan saya untuk membina Dewan Masyarakat baharu sebanyak RM 500,000 berhampiran tapak Padang Futsal, jadi saya berharap pembinaan dapat dimulakan sedikit masa lagi untuk memberikan kemudahan yang amat diperlukan oleh SMK Sebuyau, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Penangguhan Program Pendidikan Luar Bandar SABATI-Petros, Seminar Kecemerlangan SPM tahun 2024 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Sebuyau tengah hari tadi

Antara yang hadir Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kebajikan SABATI, Datin Sri Sadiah Buji, Pegawai Daerah Sebuyau, Ayuradiman Bujang dan Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan, Hasbi Ancheh.

Meskipun berdepan dengan masalah infrastruktur sekolah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau tetap mahukan kesemua 251 pelajar di lima buah sekolah dari Sebuyau, Sebangan, Semunjan, Sri Sadong dan Gedong yang mengambil bahagian dalam program selama dua hari yang bermula semalam menunjukkan prestasi yang baik dalam ujian SPM yang bakal berlangsung Disember ini.

“Saya berharap ia tidak menjadi penghalang dan melemahkan semangat adik-adik sebab saya percaya kita juga mempunyai kecerdasan yang sama juga dengan mana-mana pelajar di tempat lain,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan