Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Balingian, Abdul Yaakub Arbi mengiringi Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Dalat selepas merasmikan Pesta Kaul Mukah pada Sabtu. Foto Yazid Ibrahim (TVS)

Sektor swasta digalak bina lebih banyak hotel di Mukah

ByHafeezzur Muzamir

MUKAH, 20 Julai: Sektor swasta diseru melibatkan diri dalam membangunkan industri pelancongan di Bahagian Mukah dengan membina lebih banyak hotel dan kemudahan penginapan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah untuk membina lebih banyak tempat penginapan penting bagi memenuhi kehendak pengunjung terutamanya dari luar Sarawak yang berkunjung ke Mukah.

“Penglibatan dalam program rumah inap desa juga harus diketengahkan dan digalakkan untuk membantu memajukan industri ini,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah pada Majlis Perasmian Pesta Kaul Mukah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai penganjuran Pesta Kaul, Abang Johari berkata bagi memastikan acara itu terus mendapat tempat di hati pengunjung, kerjasama dari semua pihak sama ada jabatan kerajaan atau bukan kerajaan serta persatuan amatlah diperlukan bagi merencana matlamat kerajaan negeri.

“Kerajaan Sarawak akan sentiasa membantu untuk meningkatkan sektor pelancongan di bahagian ini.

“Kemudahan-kemudahan yang diperlukan akan disediakan bagi membangunkan daerah Mukah sekali gus menjadi destinasi pelancongan yang popular pada masa akan datang,” katanya.

Abang Johari menjelaskan, Pesta Kaul Mukah dianjurkan bukan sahaja untuk menarik kehadiran pengungjung tetapi ia juga memainkan peranan sebagai tempat untuk mempamerkan khazanah seni warisan dan budaya masyarakat Melanau.

“Di sini bukan sahaja kita dapat memperkenalkan budaya dan warisan Melanau tetapi ia juga menjadi satu pendedahan kepada golongan belia agar mereka dapat mengenali dan mengetahui asal usul masyarakat Melanau,” katanya.

Pesta Kaul Mukah 2024 berlangsung dari 13 hingga 21 Julai ini bertempat di Pantai Kala Dana dengan kehadiran pengunjung pada edisi kali ini dijangka mencecah 30,000 orang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan