Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap kepada TVS di Menara Affin, Tun Razak Exchange di sini hari ini.

Realisasi operasi syarikat penerbangan Sarawak pelan seterusnya – Abang Johari

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Kerajaan Sarawak akan menumpukan usaha untuk merealisasikan operasi syarikat penerbangan miliknya sendiri selepas ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, ini selepas mereka semakin hampir meningkatkan pegangan saham dalam Affin Bank yang dijangka selesai bulan depan dan penyerahan Pelabuhan Bintulu untuk diuruskan Sarawak yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada Rabu.

What next? Airlines (syarikat penerbangan milik Sarawak),” katanya kepada TVS selepas hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Kerjasama Strategik Kerajaan Sarawak dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di sini hari ini.

Sebelum ini Abang Johari memaklumkan syarikat penerbangan milik Sarawak dijangka mula beroperasi pada 2025 selepas proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) secara prinsip dipersetujui oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Aviation Group.

Sementara itu Abang Johari berkata, melangkah ke hadapan Sarawak akan terus menumpukan pembangunan ekonomi baharu yang semakin rancak di wilayahnya.

Berhubung rancangan pembangunan lapangan terbang antarabangsa baharu pula, Abang Johari memaklumkan ia dijangka akan mula dilaksanakan pada 2028 selepas kajian kebolehlaksanaan selesai.

Kata beliau, pembinaan lapangan terbang itu dianggarkan menelan belanja ‘berbilion ringgit’ dan mengambil inspirasi Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha, Qatar.

Ditanya mengenai jangkaan prestasi kewangan Sarawak pada 2024, Abang Johari tidak menolak kemungkinan pendapatan mereka boleh melebihi RM13 bilion.

Abang Johari berkata, pendapatan yang diraih setakat suku ketiga 2024 adalah memberansangkan dan sasaran itu mampu dicapai sekiranya trend harga minyak dunia kekal di sekitar USD80 hingga USD85 setong.

“Setakat ini (pendapatan) baik dan ia boleh menjadi lebih baik berbanding 2023. Sarawak masih ada enam bulan.

“Harapan kita agar tetap konsisten,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan