Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Qurratul Ayn Joan (kanan) dan rakannya Samuel Hahnemann Jonathan ditemui TVS diakhir program. Foto TVS

Program Seminar Kecemerlangan SPM, dedah pelajar teknik menjawab soalan

SEBUYAU, 20 Julai: Program Seminar Kecemerlangan SPM (STEM) yang diadakan selama dua hari bermula semalam mempersiapkan pelajar di lima buah sekolah sekitar Sebuyau dalam menghadapi ujian tersebut yang berlangsung pada 18 Disember ini.

Dua pelajar yang ditemui TVS menjelaskan seminar anjuran SABATI-PETROS dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK), bidang Sains, Matematik, Teknik dan Vokasional dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau telah memberikan pelbagai pendedahan teknik menjawab soalan peperiksaan dengan baik oleh fasilitator yang dilantik.

Salah seorang dari pelajar tersebut Qurratul Ayn Joan, 17, turut menjelaskan bahawa pembahagian masa penting dalam memastikan keseimbangan pembelajaran dan kehidupan seharian dirinya.

“Di rumah kena bahagikan masa, ada masa untuk belajar dan ada masa untuk berehat, jangan terlalu stres untuk belajar dan jangan paksa diri untuk belajar,” katanya.

Rakannya Hasya Shaziya Satria Nazri, 17, turut meletakkan harapan untuk mendapat 10 A pada peperiksaan SPM tahun ini.

“Saya akan membahagikan masa saya dengan lebih betul, lebih memberikan fokus di dalam kelas, banyakkan bertanyakan dengan cikgu dan menggunakan telefon dengan betul untuk pencarian maklumat berkaitan pelajaran,” katanya.

Kedua pelajar sekolah tersebut juga mengakui telah melakukan pembelajaran kendiri di rumah selain bimbingan dari guru di sekolah dalam menghadapi peperiksaan yang dianggap pemula kepada kehidupan selepas alam persekolahan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau hadir di majlis penangguhan program tersebut yang berlangsung tengah hari tadi Dewan Serbaguna, Sebuyau.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kebajikan SABATI, Datin Sri Sadiah Buji, Pegawai Daerah Sebuyau, Ayuradiman Bujang dan Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan, Hasbi Ancheh. -TVS

Tags: pelajar, SPM, STEM

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan