Malaysia saksi pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang akan berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat raja-raja Melayu di Istana Negara hari ini, melakar satu lagi peristiwa bersejarah dan signifikan bagi negara Malaysia.