Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sempena Sambutan Perayaan Hari Sarawak Peringkat Negeri di Bahagian Bintulu pada 22 Julai ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu akan melaksanakan penutupan jalan sementara waktu. Foto IPD Bintulu

Beberapa laluan di Bintulu ditutup sementara sempena Perayaan Hari Sarawak 22 Julai ini

BINTULU, 20 Julai: Sempena Sambutan Perayaan Hari Sarawak Peringkat Negeri di Bahagian Bintulu pada 22 Julai ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu akan melaksanakan penutupan jalan sementara waktu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, penutupan jalan itu melibatkan arah masuk Jalan Abang Galau iaitu di sebelah kiri tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu hingga ke lampu isyarat Jalan Paragon, dari arah lampu isyarat JKR menuju ke lampu isyarat paragon (Jalan Sultan Iskandar), selain Jalan Tun Razak iaitu di sebelah kanan tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu sehingga lampu isyarat simpang empat ke arah Parkcity.

“Penutupan jalan bermula pada 22 Julai ini dari jam 5 petang sehingga 12 tengah malam. Penutupan jalan akan dilaksanakan bagi memberi kelancaran sepanjang majlis diadakan, di samping menjaga keselamatan tetamu kehormat serta orang awam yang berkunjung sepanjang berlangsungnya majlis itu yang akan diadakan di tapak Lasar Kenyalang (Lapangan Terbang Lama Bintulu),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif bagi sebarang urusan di bandar, penutupan dan lencongan jalan akan dibuka semula bergantung dengan keadaan semasa.

“Atas dasar keselamatan, pihak polis memaklumkan orang ramai adalah dilarang menerbangkan dron tanpa kebenaran dan perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan sentiasa mematuhi arahan pegawai polis yang bertugas di lapangan.

“Secara keseluruhan, seramai 410 orang anggota polis terdiri daripada 31 pegawai kanan polis dan 379 pegawai rendah polis akan ditugaskan untuk bersiap siaga melaksanakan tugas di lapangan bagi memastikan Sambutan Perayaan Hari Sarawak 2024 Peringkat Negeri berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Katanya, pihak polis menasihati orang ramai yang hadir agar sentiasa mematuhi undang-undang, tata etika, peraturan lalu lintas dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas di lapangan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar dalam keadaan aman dan harmoni. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan