Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Menandatangani MoU Kerjasama Pelaburan Strategik membabitkan Kerajaan Sarawak dengan LTAT di Menara Affin, TRX di sini hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Proses jual beli saham Affin Bank kepada Sarawak selesai bulan depan – Abang Johari

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Proses jual beli saham Affin Bank yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada Kerajaan Sarawak dijangka selesai sepenuhnya bulan depan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata,  ketika ini pihaknya serta LTAT sedang menunggu kelulusan akhir daripada Bank Negara Malaysia (BNM) membabitkan aspek kawal selia.

Saham Affin Bank, Sarawak tunggu kelulusan akhir BNM | TVS

Kata Abang Johari, Kerajaan Sarawak telah menerima kelulusan awal pada 12 Jun lepas dan masih menunggu beberapa dokumentasi dan perundangan selesai.

“Selepas kelulusan dicapai, Kerajaan Sarawak akan meningkatkan pegangan saham blok kepada lebih 30 peratus berbanding lima peratus ketika ini,” katanya kepada TVS hari ini.

Terdahulu Abang Johari hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Strategik membabitkan Kerajaan Sarawak dengan LTAT di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX) di sini hari ini.

Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar mewakili Kerajaan Sarawak manakala Ketua Pegawai Eksekutif LTAT, Mohammad Ashraf Md Radzi menandatangani bagi pihak lembaga itu.

Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Mengulas lanjut mengenai perkara yang masih menunggu kelulusan akhir untuk meningkatkan pegangan saham itu, Abang Johari berkata segala maklumat yang diperlukan sudah dihantar kepada BNM.

“Ada tiga perkara minor sahaja, kita sudah bekalkan tapi prosesnya (kelulusan) bukan segera ambil masa, saya jangka sebulan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan