Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelabuhan Bintulu. Foto fail Pejabat Premier Sarawak.

Kerajaan Sarawak kini kendali semua pelabuhan di wilayahnya

SERIAN, 19 Julai: Penyerahan semula Perlabuhan Bintulu secara langsung telah menjadikan semua pelabuhan dalam Sarawak dikendalikan kerajaan negeri.

Dua rang undang-undang (RUU) berkaitan Pelabuhan Bintulu yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Rabu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam mengangkat semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

ADUN Bukit Semuja, John Ilus berkata kelulusan tersebut merupakan sejarah yang membuktikan kerjasama erat kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan di bawah semangat MA63 yang akhirnya diluluskan dengan sokongan Ahli-Ahli Parlimen.

“Kuasa Bintulu Port sekarang ini telah diserah balik dan dilulus semasa pembentangan RUU di Parlimen sehari atau dua hari yang lepas bahawa kerajaan persekutuan menyerah balik perlabuhan Bintulu kepada negeri Sarawak.

“Ini adalah satu sejarah bagi negeri kita sendiri, jadi dengan ini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli Parlimen kita yang telah memastikan Pelabuhan Bintulu balik kepada kita,” katanya.

Beliau berucap semasa Majlis Perasmian Persatuan Serian Adventure 4×4 Society di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Serian di Serian pada Jumaat.

Kelulusan RUU Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 dan RUU Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 selaras dengan Ordinan Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1961 bahawa semua Pelabuhan di Sarawak adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Susulan itu, tiga jawatankuasa akan ditubuh bagi meneruskan proses rundingan iaitu Jawatankuasa Teknikal Peringkat Pegawai, Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Khas.

Jawatankuasa tersebut akan memperinci segala rundingan berkaitan teknikal, kewangan, sumber manusia dan pengurusan aset yang dijangka dimuktamad tahun ini.

Setakat ini, operasi Pelabuhan Bintulu akan berjalan seperti biasa mengikut syarikat yang telah dilantik sebelum sebarang perkara dimuktamad kelak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan