Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KTMB dalam catatan Facebook hari ini memaklumkan bahawa kerja-kerja pemulihan untuk membetulkan gangguan teknikal sedang giat dijalankan. Foto KTMB (FB)

Gangguan IT global: Sistem KTMB, saluran perkhidmatan pelanggan terkesan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan bahawa Sistem Tiket Bersepadu (KITS) serta semua saluran perkhidmatan pelanggannya terjejas oleh gangguan IT global.

KTMB dalam catatan Facebook hari ini memaklumkan bahawa kerja-kerja pemulihan untuk membetulkan gangguan teknikal sedang giat dijalankan.

“KTMB memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku. Terima kasih atas perhatian anda,” katanya dengan menambah bahawa pengguna aplikasi mudah alihnya disyorkan untuk mula semula telefon mereka untuk mendapatkan kembali akses kepada sistem KITS.

Laporan berita telah datang dari seluruh dunia mengenai gangguan perjalanan yang dikatakan berkaitan dengan firma keselamatan siber global Crowdstrike.

CrowdStrike Holdings Inc ialah sebuah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika yang berpangkalan di Austin, Texas yang menyediakan perkhidmatan beban kerja penembusan dan keselamatan titik akhir, menganalisis ancaman serta serangan siber. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan