Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Dato Dr Alwi Abdul Wahab mewakili Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Dato Rahman Sebli, menerima cenderamata dari pihak penganjur Pertikaian Penyelesaian Alternatif (ADR) Borneo 2024. Foto Alex Teo (TVS)

ADR selesaikan pertikaian, minimumkan risiko perundangan di mahkamah

ByConnie Grace

KUCHING, 19 Julai: Kaedah Kertikaian Penyelesaian Alternatif atau ‘Alternative Dispute Resolution’ (ADR) disifatkan berupaya meminimumkan risiko perundangan bagi menyelesaikan pertikaian di luar mahkamah.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Dato Abdul Rahman Sebli berkata, pemain sektor tempatan termasuk sektor pembinaan di Sarawak perlu melengkapkan diri dengan ADR.

Menurutnya ia penting bagi pemain industri tempatan melengkapkan diri dengan alat yang diperlukan dalam mengelakkan pertikaian yang mungkin menjejaskan proses pembangunan.

“ADR lebih disukai kerana keberkesanannya dari segi kos dan fleksibilitinya, menjaga hubungan perniagaan dengan kerahsiaan yang terjamin serta diterima melalui saluran undang-undang konvensional.

“Kelebihan menyelesaikan pertikaian menerusi kaedah ADR lebih banyak berbanding dengan melalui proses perbicaraan di mahkamah,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Dato Dr Alwi Abdul Wahab pada Persidangan Tuntutan Pembinaan dan Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) Sabah dan Sarawak, di Kuching, pada Jumaat.

Tambahnya perbicaraan harus menjadi pilihan terakhir dan menggalakkan hakim untuk mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengantaraan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan