Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohammad Razi Sitam berkata Para SUKMA 2024 dibantu 1,500 sukarelawan yang dilatih khas. Foto TVS

Sukarelawan diberi latihan khas kendali atlet Para SUKMA

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 18 Julai: Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 akan menggunakan khidmat 1,500 sukarelawan bagi memastikan kelancaran temasya sukan itu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, sukarelawan itu terdiri daripada golongan belia termasuk pelajar universiti dan sekolah.

“Mereka telah dilatih untuk menguruskan individu kurang upaya yang sering memerlukan bantuan seperti kerusi roda dan bantuan lain,” katanya ditemui selepas sesi temubual bersama TVS di sini, hari ini.

Razi yang juga Chef De Mission Kontinjen Para SUKMA Sarawak berkata, sukarelawan telah menjalani latihan khusus pengendalian atlet Para SUKMA.

Beliau yakin dengan kursus dan latihan yang diberikan dapat meningkatkan kemahiran dan membantu sukarelawan sepanjang tempoh temasya sukan itu.

“Saya percaya juga ia bukan sahaja akan memberi pengalaman kepada sukarelawan tetapi dapat memberi sumbangan mereka kepada penganjuran sukan negara dan kerajaan Sarawak khasnya,” ujarnya lagi.

Pada tahun ini temasya Para SUKMA ke-21 akan diadakan di Kuching dengan melibatkan 10 sukan terdiri daripada 334 acara akan dipertandingkan melibatkan 13 negeri.

Para SUKMA Sarawak 2024 akan diadakan pada 21 hingga 28 September.

Kontinjen Sarawak merupakan juara 13 kali berturut-turut sejak 1994 sehingga 2018.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan