Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Diraja Oman pada Khamis mengesahkan bahawa tiga pelaku yang terlibat dalam insiden tembakan berhampiran sebuah masjid di ibu kota Oman, Muscat, pada petang Isnin adalah warganegara Oman. Foto hiasan Envato

Polis sahkan warga Oman terlibat dalam insiden tembakan maut di masjid

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Polis Diraja Oman pada Khamis mengesahkan bahawa tiga pelaku yang terlibat dalam insiden tembakan berhampiran sebuah masjid di ibu kota Oman, Muscat, pada petang Isnin adalah warganegara Oman.

Polis Diraja Oman dalam satu kenyataan dalam laman X melaporkan bahawa ketiga-tiga mereka maut akibat tindakan mereka yang berterusan menentang anggota keselamatan.

“Siasatan menunjukkan bahawa mereka dipengaruhi oleh idea yang sesat,” kata polis.

Polis Diraja Oman mengulangi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak atas keprihatinan, kepedulian, dan komitmen mereka terhadap keselamatan dan keamanan negara mereka.

Enam orang, termasuk seorang anggota polis, terbunuh dalam kejadian tembakan berhampiran sebuah masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir pada petang Isnin.

Seramai 28 individu pelbagai kewarganegaraan cedera termasuk empat daripada Polis Diraja Oman dan Pihak Berkuasa Pertahanan Awam dan Ambulans, yang sedang menjalankan tugas mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan