Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengusaha restoran di Paris merungut mengenai penurunan pengunjung berhubung penganjuran Sukan Olimpik 2024, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Foto Fail AFP

Perkampungan atlet untuk Sukan Olimpik Paris kini dibuka

ByBernama

PARIS, 18 Julai: Perkampungan atlet untuk Sukan Olimpik Paris dibuka pada Khamis, menyambut kedatangan kumpulan pertama 14,000 atlet dan pegawai pasukan yang dijangka tiba, lapor agensi berita Jerman dpa.

Terletak di Daerah Seine-Saint-Denis di luar Paris, perkampungan seluas 52 hektar ini mempunyai 82 bangunan untuk menempatkan para atlet semasa Sukan Olimpik yang akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

Ia juga akan menampung beberapa ribu kakitangan.

Selepas Olimpik, tapak ini akan diubah menjadi kawasan kediaman dan pejabat baharu dengan kedai-kedai.

Walaupun merupakan salah sebuah kawasan termiskin dan mempunyai kadar jenayah tertinggi di rantau Paris, Saint-Denis telah mengalami peningkatan yang ketara untuk Olimpik, termasuk pembinaan sebuah pusat renang baharu.

Arena kebangsaan Perancis, Stade de France, yang terletak di Saint-Denis, akan menjadi tuan rumah bagi pertandingan olahraga dan majlis penutup Sukan Olimpik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan