Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Azizul Annuar Adenan pada Majlis Pelancaran Kempen 'Just Say No To Styrofoam' di Lundu, hari ini. Foto TVS

Katakan tidak kepada styrofoam

LUNDU, 18 Julai: Penggunaan styrofoam bagi membungkus makanan di daerah ini perlu dihentikan bagi memastikan kualiti alam sekitar terjamin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata bagi menyokong usaha ini, Majlis Daerah Lundu melancarkan Kempen ‘Just Say No To Styrofoam’.

“Mereka yang berjual di gerai-gerai boleh mengurangkan penggunaan atau tidak menggunakan styrofoam sama sekali.

“Perkara ini seharusnya bermula daripada pembekal sehingga kepada pengguna,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kempen itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, usaha ini tidak akan berhasil sekiranya tidak mendapat kerjasama semua pihak.

Jelasnya, Majlis Daerah Lundu boleh mempraktikkan larangan penggunaan styrofoam menerusi pemantauan terhadap penjual-penjual gerai makanan semasa Regata Batang Kayan kelak.

Beliau turut menyarankan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap mereka yang tidak menyahut matlamat kempen ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan