Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ewon Benedick menjawab soalan di Dewan Rakyat di sini hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: KUSKOP salur pembiayaan RM731.2 juta kepada 42,006 usahawan Sarawak

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya menyalurkan pembiayaan berjumlah RM731.2 juta kepada 42,006 usahawan Sarawak pada tahun lalu.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata bantuan berkenaan termasuk geran pembiayaan yang disediakan khusus kepada usahawan Bumiputera di wilayah berkenaan.

Jelanya ia membabitkan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus, Tunas Usahawan Belia dan Projek Tamu Desa.

“Bagi BEEP Plus yang dilaksanakan sejak September 2023 hingga 31 Mei 2024, peruntukan RM3.23 juta telah diluluskan kepada 31 usahawan.

“Di bawah program Tunas Usahawan Belia pula, SME Corp menyalurkan pembiayaan geran sebanyak RM540,000 kepada 36 peserta pada 2023.

“Projek Tamu Desa yang melibatkan peruntukan berjumlah RM1.995 juta bagi pelaksanaan Fasa 1 yang merangkumi kerja-kerja naik taraf sebanyak 13 tapak tamu desa di Sarawak,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Rodiyah Sapiee (Gabungan Parti Sarawak -Batang Sadong) mengenai jumlah geran pembiayaan dan jenis bantuan yang telah disalurkan khusus untuk masyarakat Bumiputera di Sarawak.

Sementara itu, Ewon memaklumkan KUSKOP melalui agensi-agensinya seperti Bank Rakyat, SME Bank dan SME Corp juga menyediakan pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sarawak.

Menurutnya, Bank Rakyat telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM105.3 juta kepada 175 usahawan PKS manakala SME Bank menyalurkan pembiayaan berjumlah RM130.71 juta kepada 41 usahawan Sarawak.

“SME Corp telah melaksanakan Skim Peningkatan Kapasiti & Keupayaan PMKS (BAP) pada 2023 yang melibatkan lima syarikat PKS di Sarawak dengan geran berjumlah RM608,860.65,” katanya.

Beliau berkata program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang dilaksanakan telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM112,000 kepada Koperasi Seni Seramik Kenyalang Berhad. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan