Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Budi@Seni: Inspirasi Generasi yang diadakan di SMK Matang Hilir, Kuching, hari ini. Foto JKKN

Budi@Seni: Inspirasi Generasi membangun jati diri remaja

ByRadzi Ahmad

KUCHING, 18 Julai: BerkongsiĀ ilmu dan pemahaman tentang nilai-nilai murni, budi bahasa, budaya nilai tinggi dan pembentukan jati diri serta semangat patriotisme merupakan objektif penganjuran program Budi@Seni: Inspirasi Generasi (I-Gen).

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak memaklumkan program yang diadakan di SMK Matang Hilir hari ini turut bertujuan menggalakkan penerapan dan penguasaan amalanĀ  nilai-nilai murni dan budaya ini di peringkat sekolah menengah atau komuniti yang memberi fokus utama kepada golongan remaja dan belia.

“(Program ini juga) salah satu usaha untuk pemerkasaan dan pendedahan kepada golongan pelajar melalui penglibatan individu ikon di Sarawak,” katanya menerusi kenyataan.

Program anjuran JKKN dengan kerjasama Kerajaan Sarawak dihadiri Pengarah JKKN, Noor Seela Noor Sulaiman.

Melalui program ini, penerima Anugerah Tokoh Perpaduan Sarawak 2023 Andrewson Ngalai dan Ikon Belia Sarawak 2023 Sharnaz Saberi berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing kepada para pelajar.

Menurut JKKN, pelaksanaan Budi@Seni: Inspirasi Generasi (I-Gen) bukan sahaja memberi manfaat kepada individu peserta tetapi juga kepada komuniti seni secara keseluruhan.

ā€œProgram ini turut membantu memupuk kesedaran tentang kepentingan seni dan budaya dalam kalangan masyarakat.

“Dengan kerjasama erat antara JKKN Sarawak dan pelbagai agensi serta organisasi seni, program ini diharapkan dapat melahirkan generasi baru yang lebih kreatif, inovatif dan bersemangat,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan