Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar dengan para atlet selepas merasmikan 100 Hari Menjelang Sukma XXI. Foto fail Bernama.

15 kontinjen sah beraksi dalam 488 acara di SUKMA Sarawak – MSN

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Temasya Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Sarawak bermula 17 Ogos, bakal disertai 15 kontinjen yang beraksi dalam 488 acara daripada 37 jenis sukan dipertandingkan.

Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, perkara itu disahkan Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia dalam mesyuarat dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

“… 488 acara daripada 37 jenis sukan dipertandingkan di Sarawak, mengatasi jumlah tertinggi 426 acara, dua tahun lalu. Sejumlah 487 acara memenuhi syarat minimum penyertaan enam kontinjen negeri untuk dipertandingkan, berdasarkan kepada pengesahan pendaftaran akhir yang ditutup pada 5 Julai.

“…manakala acara sepak takraw berpasukan wanita diberi kebenaran khas, setelah lima negeri mengesahkan penyertaan mereka,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan MSN itu memaklumkan Mesyuarat Pendaftaran Delegasi pada 7 dan 8 Ogos, akan membuat pengesahan pendaftaran nama atlet serta pegawai kontinjen, sebelum acara bola sepak lelaki, bermula pada 10 Ogos di lima venue pertandingan di Bintulu, Mukah (2) dan Sibu (2).

Sementara itu, Jawatankuasa Tertinggi Sukma turut memilih negeri Selangor sebagai tuan rumah SUKMA dan Para SUKMA XXII, yang dijadualkan pada tahun 2026.

“Sistem penggiliran tuan rumah SUKMA ditetapkan secara berselang seli setiap dua tahun antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri. Walau bagaimanapun, negeri boleh menawarkan diri pada giliran MSN sekiranya tidak melibatkan kos pengelolaan besar serta memiliki kemudahan mencukupi.

“Berdasarkan kepada syarat berkenaan, Selangor tampil menawarkan diri dan Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia sebulat suara mengesahkan pemilihan Selangor selaku tuan rumah SUKMA 2026. Kelantan kemudiannya mengambil giliran selaku tuan rumah SUKMA 2028,” menurut kenyataan MSN.

Kenyataan itu memaklumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sentiasa memastikan temasya Sukma relevan sebagai platform pertandingan berkualiti untuk atlet remaja daripada seluruh negara, selain memberi peluang negeri-negeri untuk memiliki fasiliti sukan terbaik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan