Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara, Kualu Lumpur, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak.

Tun Wan Junaidi hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 17 Julai: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Mesyuarat selama dua hari bermula hari ini, dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut berkenan berangkat ke mesyuarat itu.

Tun Wan Junaidi diiringi Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Berangkat sama, Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah.

Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim turut berangkat ke mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Kali terakhir Mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan adalah pada 21 Feb lepas yang turut berlangsung selama dua hari.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan