Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angka kematian susulan insiden tembakan berhampiran masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir, Oman telah meningkat kepada enam termasuk seorang anggota polis. Foto hiasan Envato

Sekurang-kurangnya enam maut, berpuluh-puluh cedera insiden tembakan di masjid Oman

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Angka kematian susulan insiden tembakan berhampiran masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir, Oman telah meningkat kepada enam termasuk seorang anggota polis.

Polis Oman dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan tiga penyerang turut terbunuh, manakala 28 individu daripada pelbagai negara termasuk empat anggota polis cedera.

“Kejadian itu mengakibatkan kematian lima individu, seorang anggota polis dan tiga penyerang,” menurut kenyataan itu.

Pihak polis, tentera dan anggota keselamatan telah selesai menjalankan prosedur menangani insiden tembakan di kawasan Al-Wadi Al-Kabir.

Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan berhubung insiden masih berjalan,” menurut polis.

Polis Oman turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan penduduk tempatan yang membantu mengawal keadaan.

Kementerian Luar Pakistan memaklumkan pada Selasa bahawa empat rakyatnya maut dalam insiden itu, manakala puluhan lagi rakyat Pakistan sedang menerima rawatan di hospital. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan