Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada MIDA Invest Series Sarawak, di sini hari ini. Foto, Bernama.

Sarawak tidak cadang bina loji nuklear, fokus tenaga hidro – Abang Johari

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Kerajaan Sarawak tidak bercadang untuk membina loji nuklear di wilayahnya bagi menjana tenaga elektrik, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, ini kerana mereka memiliki pelbagai sumber semula jadi untuk menghasilkan tenaga elektrik.

“Tidak, kenapa perlu guna nuklear? Sarawak ada tenaga hidro,” katanya pada sidang media selepas Majlis MIDA Invest Series Sarawak, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, berikutan Sarawak memiliki kekuatan dalam tenaga hidrogen, perkara itu perlu dimanfaatkan.

“Sekiranya kita mampu menjananya pada harga yang lebih kompetitif, Malaysia boleh menjadi salah satu pemain besar,”tambah beliau.

Dalam pada itu Abang Johari berkata, beliau percaya kos untuk menghasilkan hidrogen hijau akan menjadi lebih murah dalam tempoh 10 tahun.

“(Ini disumbangkan oleh) kemajuan teknologi pengeluaran dan mungkin akan bersaing dengan bahan api fosil seperti diesel,” katanya.

Sementara itu beliau memaklumkan Sarawak ketika ini memanfaatkan lapan sumber tenaga dengan lima daripadanya merupakan tenaga boleh diperbaharui.

Sumber tenaga itu adalah termasuk kuasa hidro, tenaga solar, teknologi kuasa-ke-gas-ke-kuasa (P2G2P), biojisim melalui bahan bakar, tenaga suria dengan angin melalui pendekatan hybrid dan tenaga kinetik gelombang. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan