Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hadir pada MIDA Invest Series Sarawak, di Menara MIDA di sini hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Sarawak temui kaedah hasilkan hidrogen guna tenaga lebih rendah – Abang Johari

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Sarawak berjaya menemui kaedah menghasilkan hidrogen melalui elektrolisis air yang menggunakan tenaga lebih rendah iaitu 25 kilowatt jam (kWh) bagi setiap satu kilogram (kg).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau dimaklumkan mengenai penemuan itu hari ini.

Menurutnya, prototaip elektrolizer yang dibangunkan untuk memisahkan hidrogen dan oksigen sebelum ini memerlukan sehingga 60kWh.

“Dengan kerjasama antara Sarawak, PETRONAS dan Sarawak Energy, kita menemui cara menambah baik membran (elektrolisis) yang boleh mengurangkan penggunaan tenaga daripada 60kWh kepada 30kWh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis MIDA Invest Series Sarawak, di Menara MIDA di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Abang Johari juga yakin dengan penemuan teknologi baharu itu, tenaga hidrogen mampu berdaya saing dengan bahan api fosil, termasuk diesel.

“Apabila tiba masanya anda tidak memerlukan subsidi (diesel) lagi kerana kita ada tenaga alternatif,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak komited untuk mengutamakan pembangunan tenaga hijau wilayah itu bagi mencapai sasaran penghasilan 10 GW tenaga elektrik menjelang 2030.

Usaha berkenaan jelas beliau dilakukan Sarawak dengan meneroka dan seterusnya meningkatkan penghasilan biotenaga, tenaga solar, tenaga hidro dan sisa buangan kepada tenaga.

“Kerajaan Sarawak komited untuk mengutamakan tenaga solar berskala besar, biotenaga termasuk biogas dan biojisim, pemprosesan sisa kepada tenaga serta kawasan storan hidro pam untuk menangani ‘intermittency’ (ketidakkonsistenan) tenaga boleh baharu dan teknologi penjanaan tenaga bersih, ” tambah beliau. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan