Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (tengah) bersama pemimpin utama Kerajaan Sarawak di Majlis MIDA Invest Series Sarawak di Kuala Lumpur hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion suku pertama 2024

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Sarawak berjaya menarik pelaburan berjumlah RM4.2 bilion bagi suku pertama tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata, pencapaian itu meletakkan wilayah itu sebagai yang  keempat tertinggi di Malaysia dalam nilai aliran pelaburan.

Sarawak tidak cadang bina loji nuklear, fokus tenaga hidro – Abang Johari

Jelas beliau kemasukan pelabur asing dan domestik ke Sarawak telah membuka lebih banyak peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta rakyat di sana.

“Pencapaian sebegini mencerminkan visi Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) yang berpandangan jauh dalam membimbing Sarawak sejak 2017 bagi mendepani trend dan cabaran global.

Sarawak temui kaedah hasilkan hidrogen guna tenaga lebih rendah – Abang Johari

“Beliau juga memastikan Sarawak bukan sahaja seiring dengan pembangunan malah juga mendahului (negeri lain) dalam beberapa sektor,” katanya ketika berucap pada Majlis MIDA Invest Series Sarawak, di sini hari ini.

Turut hadir, Abang Johari dan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sementara itu Tengku Zafrul memaklumkan syarikat elektrik dan elektronik (E&E) serta syarikat kimia kini banyak dibangunkan di Sarawak sepeti OCI, X Fab, Melexis dan Taiyo Yuden.

Sehubungan itu, dalam memperkukuh hubungan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak, beliau berkata kementeriannya telah melaksanakan beberapa inisiatif pembiayaan bagi menyokong aktiviti ekonomi bernilai tinggi.

“Ini termasuk Domestik Investment Accelerator Fund (DIAF) dan Foreign Investment Accelerator Fund (FIAF).

“Inisiatif ini akan menggalakkan lagi inovasi, automasi, pendigitalan dan amalan ESG antara pengeluar dan penyedia perkhidmatan tempatan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan