Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (tiga, kanan) melawat pameran semasa Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Invest Siri Sarawak di sini hari ini. Foto, Bernama.

Sarawak bakal lancar prototaip hasil tenaga elektrik daripada gelombang laut

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Sarawak bakal melancarkan prototaip yang mampu menjana tenaga elektrik daripada tenaga kinetik yang dihasilkan menerusi gelombang air laut di Bintulu, pada bulan depan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sumber tenaga boleh baharu itu merupakan antara tiga yang sedang diteroka oleh pihaknya.

Jelas beliau dua lagi membabitkan tenaga solar dan hidro.

“Bulan hadapan saya akan lancarkan prototaip kinetik ini di Bintulu yang akan menghasilkan tenaga daripada ombak melalui turbin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pada Majlis MIDA Invest Series Sarawak, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sebelum ini, Abang Johari memaklumkan Kerajaan Sarawak berhasrat menghasilkan tenaga elektrik menerusi tenaga kinetik dengan penjanaan menerusi alunan gelombang air laut di perairan Samalaju.

Beliau dilaporkan berkata, penjanaan kuasa yang menggunakan kaedah alunan gelombang itu akan dilaksanakan di jeti sepanjang 3.5 kilometer (km). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan