Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penjaga kebun warga Myanmar ditemukan mati dengan kesan tikaman pada badan di sebuah kebun durian di Jalan Kulim-Junjong kelmarin. Foto IPD Kulim

Lelaki Myanmar mati ditikam di kebun durian

ByTVS

KULIM, 17 Julai: Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan mati dengan tiga kesan tikaman pada badan dipercayai dibunuh di sebuah kebun durian di Jalan Kulim-Junjong di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, mangsa yang bekerja sebagai penjaga kebun ditemui terlentang dan tidak sedarkan diri oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada polis kira-kira pukul 9 pagi.

Katanya, mayat mangsa berusia 36 tahun itu dijumpai berdekatan pondok di lereng bukit dengan tiga kesan tikaman objek tajam di belakang badan.

“Kejadian dipercayai berlaku pada sebelah malam (14 Julai) disyaki mangsa diserang oleh dua rakan senegaranya yang tinggal bersama di pondok yang terletak di atas bukit tersebut.

“Suspek telah melarikan diri dan usaha memburu mereka sedang dijalankan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd Azizul berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan (ASP) Mohd Fakru Ismail di talian 019-720 4939 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan