Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedutaan Vietnam di Thailand berusaha gigih untuk menyokong keluarga mangsa yang ditemui mati di Hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok. Foto AFP

Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes hotel di Bangkok

ByBernama

BANGKOK, 17 Julai: Kedutaan Vietnam di Thailand berusaha gigih untuk menyokong keluarga mangsa yang ditemui mati di Hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok pada Selasa dan memastikan siasatan kes berjalan lancar, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Enam warganegara asing termasuk empat rakyat Vietnam ditemui mati di hotel lima bintang di daerah Pathun Wan, Bangkok.

Pesuruhjaya Polis Bangkok Thithi Saengsawang dalam satu sidang media lewat Selasa berkata bahawa kesemua mangsa dipercayai dibunuh.

Duta Pham Viet Hung berkata kedutaan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dan unit berkaitan di Kementerian Luar Vietnam untuk mengenal pasti mangsa, memberikan sokongan yang diperlukan kepada keluarga mangsa serta mengambil langkah-langkah perlindungan yang diperlukan.

Hung berkata bahawa sebaik mengetahui kejadian itu, beliau dan kakitangan kedutaan segera tiba di lokasi untuk menilai situasi.

Kedutaan akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Vietnam untuk mengesahkan identiti empat mangsa warganegara Vietnam berdasarkan maklumat pasport.

Setelah identiti mangsa disahkan, kedutaan akan memaklumkan kepada keluarga dan membantu mereka menyelesaikan prosedur yang diperlukan bagi membawa pulang jenazah secepat mungkin setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa Thailand, katanya.

Dalam pada itu, beliau menghargai tindak balas pantas Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin dan pegawai tinggi polis Thailand yang hadir di lokasi kejadian dan mengadakan sidang media mengenai kes ini pada petang Selasa.

Kedutaan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand sepanjang siasatan dan memberikan maklumat terkini kepada media apabila maklumat baharu tersedia, kata Hung. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan