Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam orang - tiga lelaki dan tiga wanita - ditemukan maut di sebuah bilik hotel terkemuka di kawasan Ratchaprasong. Foto hiasan Envato

Enam ditemukan maut di bilik hotel akibat keracunan, PM Thailand arah siasatan

ByBernama

BANGKOK, 17 Julai: Enam orang – tiga lelaki dan tiga wanita – ditemukan maut di sebuah bilik hotel terkemuka di kawasan Ratchaprasong di sini, Selasa, dipercayai akibat keracunan.

Mangsa dilaporkan dua warga Amerika Syarikat berketurunan Vietnam manakala empat lagi adalah warga Vietnam.

Dalam respons segera, Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Jeneral Polis Porsak Sukvimol untuk menyiasat kes itu dengan segera dan menyeluruh, serta mengambil alih kawalan situasi bagi memastikan tiada kesan buruk atau bahaya kepada orang awam dan pelancong.

Bercakap kepada media di lokasi kejadian pada malam Selasa, Srettha berkata mayat-mayat itu ditemukan pada 4.30 petang.

Beliau berkata siasatan awal oleh polis menunjukkan mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh kurang daripada 24 jam disyaki akibat keracunan kerana tiada tanda-tanda trauma atau rompakan.

Srettha yang diiringi Torsak, berkata beliau juga telah memberi taklimat kepada Duta Vietnam ke Thailand Pham Viet Hung, mengenai kes itu.

Polis Thailand sedang menyiasat kes itu dengan meneliti rakaman CCTV dan menemu bual saksi untuk menentukan punca kematian. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan