Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penanaman durian kini menjadi aktiviti perniagaan yang menguntungkan. Foto, Jerrydine (TVS).

Dewan Rakyat: Pertimbang sediakan geran bantu pekebun kecil tanam Musang King

ByJeeridyne

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan menyediakan geran khas bagi membantu pekebun yang menaman durian kampung beralih kepada baka durian yang popular untuk tujuan eskport.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, cadangan itu baik kerana dapat menambah pendapatan pekebun kecil memandangkan durian kini menjadi perniagaan yang menguntungkan.

Namun jelas beliau permintaan supaya kerajaan menyediakan dana atau pinjaman mudah untuk merealisasikan hasrat itu perlu mengambil kira pelbagai faktor lain.

“Durian ini tidak sama dengan beras, daging, ikan, telur ayam dan minyak masak yang merupakan bahan keperluan, tidak ada bahan – bahan ini kehidupan rakyat terjejas (namun jika) tiada durian, kehidupan tidak terjejas dan (ingin saya jelaskan keutamaan) kerajaan ialah sediakan subsidi yang banyak untuk kekalkan harga setimpal barang keperluan.

“Soal hendak bantu pekebun kecil tanam durian baka berkualiti untuk tambah pendapatan, itu merupakan (bentuk) perniagaan namun kita akan lihat secara serius sebagai kegiatan ekonomi baharu kepada negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bebas – Bukit Gantang) sama ada kerajaan bersedia memberi pinjaman mudah sebanyak RM20 juta kepada pekebun kecil di kawasannya untuk mengusahakan durian jenis Musang King untuk dieksport dan menambah pendapatan mereka.

Sementara itu, Mohammad memaklumkan sehingga tahun ini, ladang durian seluas 4,775 hektar  telah didaftarkan di bawah Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP).

Katanya ia melibatkan seramai 1,231 orang petani dan sebanyak 50 fasiliti pemprosesan durian telah diakreditasi bagi tujuan eksport.

“Jabatan Pertanian turut bertanggungjawab memastikan pengeluaran buah di peringkat ladang mendapat akreditasi myGAP, memantau pembungkusan dan pemprosesan bagi pensijilan GMP atau HACCP yang diselaraskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan menyediakan serta mengesahkan dokumentasi eksport yang memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan,” katanya. -TVS.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan