Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media Penganjuran YCC 2024. Foto TVS

YCC bina keyakinan, pupuk perpaduan dalam kalangan remaja – Abdul Karim

KUCHING, 16 Julai: Penganjuran Youth Communication Camp berupaya menjadi wadah membina keyakinan dalam kalangan golongan remaja selain membentuk perpaduan dan keharmonian antara kaum di negeri ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pergaulan yang terbentuk ketika berlangsung program tersebut membolehkan peserta terlibat mempelajari seterusnya membentuk persefahaman antara satu sama lain.

“Apabila remaja-remaja ini bergaul bersama khususnya mereka yang daripada kampung atau dari golongan bawahan mereka akan saling memahami dan mereka yang berasal dari keluarga berada mereka juga akan turut memahami remaja yang berasal dari keluarga kurang berkemampuan.

“Persefahaman ini secara tidak lansung akan membina personaliti yang baik kepada belia ini yang seterusnya meruntuhkan penghalang keharmonian antara darjat dan kaum itu dan sebab itulah saya gembira latar belakang antara kaum sentiasa diberikan perhatian dalam setiap perbincangan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Penganjuran YCC 2024 di sini pada Selasa.

Menurut Abdul Karim, daripada keseluruhan penyertaan Program YCC 2024, 39 peratus peserta merupakan remaja dalam kalangan kaum dayak, 30 peratus kaum Cina dan 30 peratus lagi dari kaum melayu serta lain-lain kaum di Sarawak.

Katanya, penyertaan dari pelbagai kaum itu secara tidak langsung akan turut membentuk keyakinan dalam diri remaja terlibat untuk berkomunikasi dengan baik dengan satu sama lain.

Kemahiran itu jelas Abdul Karim akan membantu membentuk dan menyediakan remaja-remaja terlibat untuk berhadapan dengan cabaran yang sentiasa berubah di masa hadapan.

Terdahulu sidang Abdul Karim turut mengumumkan peruntukan geran berjumlah RM100,000 untuk perlaksanaan program YCC untuk tahun ini bagi memastikan kelancaran setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam program berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan